Windows Vista Home Premium
Tentu anda semua pernah dengar tentang versi baru Windows OS (Operating Systems) ini, saya baru sahaja install OS ini semalam, masa untuk install OS ini tidaklah lama sangat seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Ia mengambil masa kurang dari 1 jam.
Kalau anda hendak tahu, PC specification saya seperti dibawah:
- Intel Core Duo processor T2400 (1.83 GHz, 667 MHz FSB, 2MB L2 cache)
- Intel Graphics Media Accelerator 950
- 80GB HDD 5400rpm
- DVD-Super Multi double layer (Support DVD+R Double Layer / DVD+/-RW)
- 2GB DDR2 (support dual-channel)
Kalau nak dibandingkan dengan PCs baru dipasaran memanglah tidak dapat dinafikan PCs tersebut jauh lebih hebat daripada PC saya. Pada asalnya, OS untuk PC saya ialah Windows XP Pro, selepas install Windows Vista Home Premium, PC saya tidak mengalami sebarang masalah seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.
Windows Vista Home Premium juga mempunyai Windows Aero (the premium desktop experience in Windows Vista), antara features yang menariknya ialah Windows Flip and Windows Flip 3D.
Banyak lagi kelebihan Windows Aero selain untuk mencantikkan lagi OS anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Windows Aero.
Buat masa ini, PC saya tidak mengalami sebarang masalah dengan Windows Vista. Manalah tahu kelak akan ada masalah lain pula, saya tidak menjanjikan apa-apa jika anda menggunakannya. Kalau anda ingin merasai keseronokkan seperti yang saya rasai, anda bolehlah cuba sendiri.
Windows Vista mempunyai 5 edition, saya recommended Windows Vista Home Premium. Tidak banyak perbezaan antara Ultimate dan Home Premium, tetapi kalau anda memilih Home Basic, kebanyakkan featuresnya seakan-akan Windows XP.
Selamat mencuba!






.jpg)
.jpg)











