Thursday, September 25, 2008

Pantun Raya

Kelantan...

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh sata

Kelik rayo jange laju

Nanti rayo dale sepita

 

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong

Makang kepok cicah cuke

Bulang pose mung bengong

Bulang raye mung gile

 

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino

Nasi dagang ikan paten

Jangaen awok muke temo

Raya makan rendang saden

 

Johor...

Cegitu cegini awak suke

Awak suke kite tak suke

Esok luse hari raye

Sama-sama bersuke rie

 

Melaka...

Hawau kau berak merate

Kaki bengkak ulau patok

Kalu balik naik kerete

Jangan pandu kalau ngantok

 

N. Sembilan...

Masak lomak cili api

Campo dongan daun turi

Hari rayo kolumpo sopi

Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)

 

Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau

Tapi wa tipu sama lu

Raya jangan wat tak tau

Angpau ada bagi gua dulu

 

Perak...

Gulei tempoyak ikan mayong

Deroyan busok tebok tupei

Pandu hemat ingat kampong

Ase(Asal) teman selamat sampei

 

Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq

Lapaq perut makan pau

Macam mana tak ketaq

Kena paksa bagi angpau

 

Penang ...

Nasi kandaq kedai mamak

Anak mami juai pesemboq

Lepaih raya jgn dok triak

Kalu ceti mai kot dapoq

 

Perlis...

Padang besaq kecik aja

Tempat siam lalu lalang

Hari raya kita berbelanja

Jangan sampai menambah utang

Sunday, September 21, 2008

Why should you fall asleep before 12 am?

Studies have shown that our cortisol levels are lowest before the 12 am mark. The cortisol is a hormone secreted by the adrenal cortex. It helps the body cope with stress an inflammation. It also gets the body ready for the activities of tomorrow.

So if we fall asleep before midnight, we will benefit from a higher recovery rate than if we were to fall asleep after 12 am. Every hour of sleep before midnight is almost twice as valuable as an hour after.

p/s: Kepada sesiapa yang selalu main game sampai lewat malam, bawa2 lah berehat. Don’t stay up late anymore.

Friday, September 19, 2008

SOLAT MEMBEZAKAN MUSLIM, KAFIR

Oleh Arbain Muhayat, 08 June 2008

Kata Saidina Umar, sesiapa memelihara solat dan tetap mengerjakannya bererti dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya ia mensia-siakan kewajipan agama yang lain.Solat adalah tiang agama dan semulia-mulia rukun Islam yang lima selepas dua kalimah syahadah. Tanpa solat runtuh agama seseorang itu.Jika diibaratkan dengan jasad manusia, kedudukannya ialah kepala. Orang yang tidak berkepala tidak akan hidup, demikian juga tidak akan hidup agama bagi orang yang tidak mengerjakan solat.

Dalam kitab at-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata’illah berkata: Solat amatlah besar kemuliaannya dan keadaannya di sisi Allah amatlah berat. Kerana itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.”
Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai amalan paling mulia, katanya: “(Semulia-mulia amal) ialah solat yang dikerjakan pada waktunya.”
Baginda juga bersabda maksudnya: “Orang yang mengerjakan solat adalah ia bermunajat (mengadap dan merayu) kepada Tuhannya.”


Perintah terhadap solat dan gesaan supaya memeliharanya banyak dijelaskan dalam al-Quran. Sudah pasti dengan perintah itu, tiada sesiapa dapat menyangkal kewajipan mengerjakannya, walau dalam keadaan apa sekalipun.
“Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu, khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” (al-Baqarah:238)


Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang cukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda. Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu dengan isyarat.Penegasan ini menunjukkan solat adalah perkara yang besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya. Malah, solat juga adalah syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim. Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.


Kita harus berwaspada dengan sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang Islam ialah mengerjakan solat. Oleh itu sesiapa yang tidak solat, sesungguhnya termasuklah dia dalam hukum orang kafir.”


Al-Quran turut memberikan amaran terhadap mereka yang meninggalkan solat, seperti dalam surah Maryam, maksudnya:“Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab di dalam neraka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.” (Maryam: 59-60)


Ibn Abbas berkata, seperti yang disebutkan as-Syams az-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair: “Mencuaikan solat yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka meninggalkan solat sama sekali, tetapi maksudnya, mereka mentakhirkan (melengahkan) solat sehingga keluar waktunya.”Perkara itu dijelaskan Said bin Musayib, dengan menyatakan: “Orang itu tidak solat Zuhur melainkan selepas masuk waktu Asar (dan seterusnya mengenai waktu lain).


Justeru, sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan dia tidak bertaubat, balasan ditetapkan baginya azab seksa di neraka.“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, mereka itulah orang yang rugi.” (al-Munafiqun:9)


Menurut sesetengah ahli tafsir, mengingati Allah (zikir kepada Allah) di sini ialah solat lima waktu. Sesiapa yang cuai kerana harta benda, anak pinak dan segala urusan hidupnya, jadilah dia orang yang rugi.Menjadi tanggungjawab bagi Muslim juga mengambil berat terhadap ahli keluarganya, mengajar dan menyuruh mereka mengerjakan solat, malah menasihati mereka supaya sentiasa memelihara solat fardu yang lima.“Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun sabar menunaikannya....” (Taha:132)


Nabi sendiri sentiasa mengambil berat dan mengawasi keluarganya khusus berkaitan solat. Baginda dan keluarga apabila menghadapi kesukaran, lazimnya mengerjakan solat sebanyak-banyaknya.Cara seperti ini juga sebenarnya menjadi amalan nabi sebelum Baginda dan ia sewajarnya menjadi sunnah ikutan kita kerana banyak kelebihannya, malah menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala bencana.

Sumber: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/140/solat-membezakan-muslim-kafir

ZAKAT FITRAH BERSIH DIRI

Oleh Arbain Muhayat, 09 June 2008.

RAMADAN, selain melaksanakan ibadat puasa, umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah. Kewajipannya ke atas setiap diri orang Islam, baik lelaki, wanita, dewasa, kanak-kanak, merdeka atau hamba. Fakir miskin tidak terkecuali.


Ini dapat difahami melalui satu hadis, seperti kata Abdullah bin Umar: “Rasulullah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga waktu solat hari raya, tetapi makruh membayarnya selepas solat terbabit dan ia tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah, seterusnya jatuh haram membayarnya apabila berakhirnya satu Syawal.


Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata berzakat ini wajib malah sesiapa yang bergelar Muslim perlu menunaikannya, termasuklah orang fakir.


“Bagi orang fakir yang langsung tiada wang dia boleh mengeluarkan fitrah apabila orang lain memberikan zakat kepadanya.
“Jika tidak mampu, dia tidak sekali-kali terlepas dari kewajipan itu. Dia dikira berhutang, maknanya kena tunai fitrah secara berganda pada tahun depan,” katanya mengulas mengenai kewajipan berzakat.


Menurutnya, zakat fitrah lebih elok ditunaikan di kawasan seseorang mencari rezeki, tetapi tiada masalah jika mahu dikeluarkan di negeri atau kampung masing-masing.


Di negara ini kadar zakat yang ditetapkan pihak berkuasa agama sesetengahnya berbeza, walaupun ada yang sama.
Bagi Wilayah Persekutuan dan Melaka kadarnya RM4.70, Negeri Sembilan,Johor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang RM5, Selangor, Sabah dan Sarawak RM5.20, Pahang dan Kelantan RM4.80, Terengganu RM5.50, RM5, RM4.80 manakala Perlis RM5 dan RM6.


“Cuma, janganlah kita ke tempat lebih murah untuk tujuan fitrah semata-mata dengan alasan berjimat, seolah-olah ada unsur berkira atau bakhil di dalam diri kita.
“Malah, lebih elok jika baki wang beberapa puluh sen itu disumbangkan terus kepada amil atau masjid, boleh diniatkan sedekah,” katanya.


Cara menunaikan zakat ialah dengan niat dan ikrar berzakat, sama ada untuk dirinya dan orang bawah tanggungannya atau sebagai wakil yang mewakili mana-mana pihak.


“Berjabat tangan ketika ikrar itu adalah adab dan tertibnya saja.
“Di negara kita pelaksanaan zakat lebih bersistem. Orang ramai menghulurkan zakat pada Baitulmal dan agensi terbabit mengagihkan wang zakat tadi kepada golongan yang ditetapkan.
“Tetapi, kita boleh memberikan zakat fitrah ini secara terus kepada fakir miskin, cuma dibimbangi tidak menepati kriteria miskin yang ditetapkan,” katanya.


“Dalam al-Quran menyebut yang pertamanya orang fakir, seterusnya miskin, barulah yang lain-lain seperti muallaf. Cuma muallaf boleh diberikan tanpa mengambil kira orang itu miskin atau berada,” katanya.

Sumber: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/259/zakat-fitrah-bersih-diri

Sunday, September 14, 2008

Doa Berbuka Puasa

Sempena dalam bulan Ramadhan ni, elok-eloklah kita memperbanyakkan amal dan taqwa kita kepada Allah agar puasa kita sepanjang bulan Ramadhan ini dapat membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,kerana mengharapkan keredhaan-Nya.

Di bawah ini merupakan doa ketika hendak berbuka puasa. Sama-samalah kita mengamalnya.

53

Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

 

Sumber doa: http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa6.htm

My Instant Messenger!

Kepada semua kawan-kawan saya, saya menjemput anda semua untuk add saya dalam account instant messenger list anda.

Y! Messenger: mr_faizli

MSN/Hotmail/Live Messenger: faizli@live.com.my

Skype: mr_faizli

This is the way to keep in touch. Thank you~

Saturday, September 13, 2008

Cerita Akob

Akob begitu asyik menonton perlawanan bola sepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".


"Pasang lampu?!! Kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.


"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

 
"Betulkan paip? Kamu ingat saya ni Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.


"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.


"Mintak maaf bebanyak, saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.


Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah.

Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa... ?".


"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita,bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

 
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada nak buatkan dia roti atau tidur dengannya".


" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti... ?!!! Awak fikir saya ni Kedai Roti ke??

Thursday, September 11, 2008

Madonna?

22595095-22595097-large

 

Tahukah anda bahawa umur Madonna Louise Ciccone Ritchie a.k.a Madonna (gambar) sudah pun mencecah 50 tahun pada tahun ini. Beliau telah dilahirkan pada 16 Ogos 1958 di Bay City, Michigan, USA.

Tapi apa yang menghairankan saya rupa penyanyi tersebut tidak mencerminkan umurnya yang sudah boleh dikira sebagai 'Gold' atau warga emas.

Mungkinkah beliau membuat pembedahan plastik atau menggunakan ubat-ubatan yang canggih untuk mengatasi masalah penuaannya?

Anda sendiri boleh menilainya.

Sunday, September 07, 2008

KeSEPIaN...

Ingat tak lagi dengan recent post saya yang ada cerita pasal filem pendek arahan saya yang bertajuk KeSEPIaN?

Oleh kerana saya sudahpun meng'upload'nya ke dalam YouTube, so saya masukkan link di sini. Enjoy watching!



Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan filem pendek ini terutama sekali kepada ahli-ahli group assignment ini; Pijut, Pop, Cindy, Dewi, Leha (smile), Hanum (comot), Tomey, Daus, Sepu dan juga Jali @ mohras_oh. Kalau diberi peluang lagi untuk berkerjasama dengan mereka ini dalam menjayakan projek sebegini, saya amat mengalu-alukan.

Thanks!

How to change your IP address?

2008-09-07_203001

www.veoh.com

Bagi sesiapa yang selalu melayari laman web di atas mesti kecewa apabila laman web tersebut telah di'block', mungkin ada sebabnya ia di'block', tapi bagi saya, sebenarnya saya tidak setuju apabila sesetengah pihak cuba menghalang kebebasan media yang sepatutnya boleh tersebar dengan tanpa gangguan.

Oleh sebab itu, saya telah jumpa satu teknik yang boleh kita semua melayari laman web tersebut. TUKAR IP ADDRESS? Macam mana?

Senang sahaja, tapi ia bukan tukar IP address pada PC anda, tetapi tukar IP address pada web browser anda sahaja. Sebelum memulakannya, saya nasihatkan anda jangan guna Default web browser, sebagai langkah keselamatan sahaja. Oleh kerana default web browser saya ialah IE, so saya guna Mozilla Firefox.

Buka Mozilla Firefox, pergi ke Tools >> Options... dan ia kelihatan seperti di bawah.

2008-09-07_203612

Klik pada Settings...

2008-09-07_203746

Pada asalnya, option nya ialah No proxy. Pilih Manual proxy configuration, dan masukkan HTTP Proxy dan Port daripada negara selain Malaysia. Klik OK dan OK.

Macam mana pula nak dapatkan Proxy dan Port negara lain?

Just layari website ini, http://www.publicproxyservers.com/

2008-09-07_203402

klik pada proxy list [1]...

2008-09-07_203501

Anda akan  dapat banyak senarai IP dan port nya sekali, tetapi hati-hati ketika memilih IP address, pastikan port IP tersebut bukan port virus. Keselamatan anda semasa menggunakannya adalah tanggungan anda sendiri.

2008-09-07_203858

Selepas itu, anda boleh melayari www.veoh.com sesuka hati.

Thursday, September 04, 2008

The New Web Browser From Google

Selalu juga kita search kat Google, tapi tidakkah anda terfikir nak mengklik link baru Download Chrome (BETA) yang tertera pada page Google ni?Kalau anda semua nak tahu, rasanya dah lama (mungkin 2 September 2008) link tu tertera kat situ, tidak pula saya berminat, tetiba pula gatal tangan nak klik link tersebut. Rupa-rupanya 'Chrome' merupakan satu web browser ciptaan Google, kalau tak klik pada link tu, memang saya tak akan tahu browser terbaru ni.

Bagi sesiapa yang tidak tahu apa itu web browser, gunakan kebijaksanaan anda taip kat Google dan klik search. Anda mungkin akan dapat jawapannya... Hehehe! Nak ringkaskan cerita, web browser ini macam Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera, Apple Safari dan banyak lagi.

Berbalik kepada Google Chrome pula, tidakkah anda hairan kenapa Google yang merupakan 'the search-engine giant' ni tetiba lak buat web browser? Adakah Google juga ingin melibatkan diri dalam peperangan antara Microsoft Internet Explorer dengan Mozilla Firefox?

Antara features yang menarik dalam Google Chrome ini ialah draggable downloads, a private-browsing mode, and a new JavaScript engine built from the ground up.

Private-browsing mode kira macam lebih selamat semasa kita browse Internet sebab dengan mode ini, segala macam cookies ke etc. tidak akan ditinggalkan oleh web browser tersebut.

2008-09-04_224853

Screen capture Google Chrome yang telah di'install' pada Windows Vista.

Tuesday, September 02, 2008

Makan Malam Rejimental PALAPES UMS (MMR 2008)

Salam semua, lama suda rasenya tidak mencoret dalam blog ni, bagi yang beragama Islam, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Pada 25hb Ogos 2008 yang lepas, saya telah bernasib baik kerana berpeluang menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental PALAPES UMS (MMR 2008) di Sharing-La's Tanjung Aru Resort & Hotel kat Kota Kinabalu, Sabah.

Kalau nak tahu, majlis makan malam ini diadakan setiap tahun bagi meraikan Pegawai Muda PALAPES yang baru ditauliahkan. Setiap universiti yang ada program PALAPES akan mengadakan majlis makan malam sebegini.

Apa yang saya nak dikongsikan di sini ialah pada majlis tersebut, saya telah diamanahkan untuk menjadi MC (pengerusi majlis) bersama rakan seperjuangan dari PALAPES Darat, Lt M Syira. Kalau korang nak tahu, majlis ini bukan sebarang majlis, ia penuh dengan protokol, adab dan macam-macam lagi peraturan yang mesti dipatuhi sepanjang majlis itu berlangsung.

Kalau nak dikatakan, saya memanglah sudah biasa menjadi MC untuk sebarang majlis tetapi bukan majlis yang sebegini yang mana dihadiri oleh orang-orang kenamaan Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin dan VVIP yang lain... Special VVIP ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah... memang nervous la kalo nak dikatakan.

Di awal majlis memang nervous sangat-sangat, sampaikan handphone yang terselit kat bekung pun leh terjatuh ketika tengah berucap..hehe... tapi tak lah sampai ada orang lain perasan, cuma MC yang kat sebelah je yang perasan.

Tetapi selepas 2,3 minit lepas tu dah takde nervous lagi... semuanya berjalan dengan lancar... syukur Alhamdulillah.

Moral of the story, jangan la nervous tak tentu pasal... takde faedahnya...

Image(1878)

Lt M Faizli PSSTUDM dan Lt M Syira (MC)

Image(1866)

Geng-geng PALAPES Darat tengah berposing...

Image(1868)

Time pre-drink...

Image(1858)

Posing kat red karpet

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini dan kepada 'cik' yang telah bersusah payah menyiapkan skrip MC dan banyak membantu dari segi moral dan fizikal, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.... kalo nak suruh belanja pun.. no hal punye..hehe...