Wednesday, December 31, 2008

Siti tudung tinggal 40% - Oh Bulan!

ctdt2

Gambar terbaru Siti Nurhaliza ini di’ambil ketika Siti & Datuk K menghadiri sebuah majlis yang di’anjurkan oleh teman rapat Datuk K sendiri.

Saya yakin dalam 1-2 tahun lagi... tudung tersebut hanya sangkut kat bahu je... tudung ala-ala 'datuk datin'... hahaha~ Just kidding!

Hopefully, Siti akan tutup aurat suatu hari kelak, jadikan sebagai teladan buat semua... Insyaallah~

Sumber: OH BULAN!

Saturday, December 27, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat

4R

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira jam 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.


Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.


"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.


Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.


"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada jam 11.45 pagi di HTJ," katanya.


Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.


Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.


Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

 
"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.


"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.


Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok. - Bernama

Sunday, December 21, 2008

Someone must explain about MAS logo in Mission: Impossible III?

2008-12-21_031011

Mungkin ramai yang dah lama perasan tentang logo tersebut sebab filem ini keluar pada tahun 2006.

Gambar di atas merupakan salah satu scene dalam M:I III di mana Ethan Hunt lakonan Tom Cruise berada di Shanghai, China.

Tapi apa kaitan dengan logo MAS dengan Shanghai? Adakah MAS ada menaja untuk filem ini? If anyone knew or noticed about this, please tell me.

Thanks.

Mi_III

Saturday, December 20, 2008

Mawi & Ekin Dah kahwin pun...

Tahniah kepada Ekin & Mawi kerana telah selamat diijab kabul dan menjadi suami isteri. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

hi_08.1 

Majlis akad nikah telah disiarkan secara live kat Astro OASIS, fuyooo... kalau tak silap saya, Mawi merupakan orang ke-2 selepas Dato' Siti Nurhaliza yang mendapat keistimewaan tersebut. Anyway... tahniah~

p/s: Gambar semasa akad nikah masih belum terdapat di pasaran buat masa ini =)... Harap maaf.

Saturday, December 13, 2008

Ricky Martin & Anak Kembar Dari Ibu Tumpang

rickymartinauu5 Baru-baru ini, penyanyi Latin yang pernah mencipta fenomena di’seluruh dunia, Ricky Martin mendedahkan buat pertama kali anak kembarnya yang lahir menerusi kaedah ibu tumpang.

Apabila di’minta untuk mengulas kenapa tidak mengambil anak angkat sahaja, Ricky menyatakan yang proses pengambilan anak angkat rumit & sangat mengambil masa.

Lagipun proses ibu tumpang ini membolehkan Ricky mendapat anak dari benih’nya sendiri — kembar lagi.

Bercerita tentang Valentino dan Matteo, nama dua anak kembar beliau, Ricky memberitahu Valentino seorang yang senang tidur & di’gelar ‘Mr. Peace and Love’.

Matteo pula berlainan sifatnya kerana suka berjaga walaupun jam 3 pagi & lebih aktif.

Sumber: OH BULAN!