BAGAIMANA nak jimat-cermat?

Bila dapat gaji apalah yang korang akan buat? Belanja dulu then baru saving? Atau saving dulu baru belanja?

Sesetengah cakap saving dulu baru belanja, sungguh mudah dan senang tapi memang susah kalau nak saving dulu baru belanja.

Kebanyakkan siswazah yang baru keluar universiti akan menanggung hutang yang banyak. PTPTN? Itulah hutang yang paling banyak. Bila dah masuk kerja, mesti kena ada transport nak pergi kerja. Beli kereta (Ape kelas nak naik LRT hari-hari). So buat loan kereta, tambah lagi hutang yang perlu dibayar. Bila dah pakai kereta kena lah isi minyak petrol hari-hari.

Bila dah lama kerja, terbuka pula hati nak buat kad kredit. Niat mula-mula nak ada kad kredit just nak guna bila keadaan terdesak sahaja. Zaman sekarang ni kalau xde kad kredit susah nak hidup, kadang-kadang bila budget dah lari, kena guna kad kredit juga, takkan la nak buat express loan dengan Along. Bila dah ada kad kredit, awek pula nak shopping hari-hari... So tambah lagi hutang.

Kos kehidupan harian seperti makan minum, bil telefon, broadband, astro dan macam-macam lagi perlu juga dikira. (Kalau yang merokok? Dunhill sekotak RM10 sehari). Memang banyak kos perbelanjaan. Kalau tidak pandai budget, confirm lah baki terpaksa dibawa ke bulan hadapan.

So macam mana kalau nak saving dulu baru belanja? Kalau saving RM500 sebulan pun, hujung-hujung bulan confirm akan terguna juga. Mana saving untuk kahwin nanti??? Buat la loan untuk kahwin pula... Hahaha...

Kalau masalah ini tidak dapat dibendung, negara kita mungkin akan mengalami kejatuhan ekonomi disebabkan oleh hutang yang ditanggung oleh rakyatnya.

Kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpendidikan haruslah bijak menguruskan budget bulanan. So fikir-fikirkan la cara terbaik untuk anda menguruskan kewangan anda. Saya tidak akan mempromosikan apa-apa nanti korang cakap saya ni menjual skim cepat kaya pula.

Ok. Take care!

2 comments:

  ♥CIK SHA♥

November 19, 2010 at 11:37 AM

ehhh??paih ade blog rupenye..hehehe..

  Faizli

November 19, 2010 at 10:48 PM

since 2008... hahaha... lame x mengarang~